.

Wednesday, May 12, 2010

Cuti???


ni gambar budak tutorial aki..budak D3..sebenarnya kitorang pya tutorial ikot subjek, tapi kitorang sumer paling suka bila dalam tutorial anatomi..memang rapat, kelakar and happening kalo kitorang sume kumpul reramai camni...kalo perasan budak yang aki peluk tu pun budak KMPh... ^^ keciknya dunia..

Mesti korang sume menunggu update aki *ceh perasan perasan*..aki bila dah cuti rasa hepi sangat!! wiii~ sampai meloncat2 dalam bilik!!! haha katil still hidup menahan keberatan tuan yang tak sedar diri berat bertambah-tambah lepas cuti...hahahaha

nak buat cerita, eh..bukan buat..nak ceritanya aki sekarang tengah tunggu result pekser...result pekser la yang menentukan aki akan cuti brape lama...kalo okay, selamat datang 2 bulan cuti!!! kalo teruk...hahaha

selamat datang aki ke kelas supplement yang akan menentukan pula anda menaiki tahun ke-2 atau pun tidak!!! ^^;;

huhuhu bila cuti lama sangat pun aki taktau nak watpe lak...kluar jalan? reunion? huhuh semuanya melibatkan fulus yang fuh fuh fuh tiup-tiup tak kluar dari dompet ku yang bersih licin..kenapa kita perlu berjumpa di tempat2 yang kelas tinggi?? jom mapley kawan2!!!!

aduh, seronoknya cuti...pikir balik aki pasnie mungkin anda tiada cuti...enjoy....

putrajaya...ah...teringat janji dengan nissa pulak...hahaha XD

apakah?

bosan!!

yeah saje wat post ni panjang2...mesti korang sume terasa tertipu membaca semua ini..hahahaahahahahaha aku menggelakkan diri sendiri kerana post sumtin yang tiada kaitan... :B

ahh..sedapnya aiskrim ada karamel tadi...

lapar..

roger n out!!
Aki

Thursday, May 6, 2010

Mereka Akan Dibangkitkan Bersama Kita

Wahai umat Islam... Yg masih dalam ke'tidur'an.

Mari bersama, melepaskan diri kita dari azab Allah...

Palestin adalah tanah kita. Sesiapa yang memandangnya sebagai tanah orang telah silap besar hakikatnya. Sesiapa yang merasakan perjuangan menentang Israel adalah satu bentuk terorisma telah tersilap hakikatnya.

Palestin adalah tanah kemuliaan kita. Yang dipijak oleh Rasulullah SAW yang mulia, bersama Jibril dan Buraq yang ditungganginya. Al-Quds dan tanah sekitarnya adalah yang diberkati oleh Allah SWT dan penuh dengan ayat-ayat kebesaran-Nya.

Kejatuhannya tanda kelemahan ummat Islam itu sendiri.

Sesungguhnya kita bertanggungjawab atas mereka.

Tidakkah kita mengetahui, bahawa orang-orang Palestin yang telah terbunuh dan yang akan terbunuh itu, akan dibangkitkan di akhirat nanti bersama-sama kita?

Adakah anda tidak terfikir apakah mereka akan katakan di hadapan Allah SWT nanti?


Satu video yang hampir meragut nyawa saya

Saya menonton video itu empat tahun yang lalu. Tetapi saya masih mengingatinya seakan-akan saya menontonnya semalam. Video melihat bagaimana seorang budak dibunuh dengan kejam oleh tentera Israel.

Pembunuhan itu, ketika itu tidak berapa menarik perhatian saya kerana saya ketika itu memang sudah biasa mengetahui pembunuhan di Palestin. Saya sekadar kata di dalam hati: “Biasalah tu”

Tetapi, selepas ditunjukkan pembunuhan itu, ada orang muncul di dalam video itu dan berkata:

“Wahai Muslimin, wahai Mukminin, apakah ini? Kamu membiarkan anak itu terbunuh dengaan sedemikian tanpa pertahanan dan pembelaan. Tahukah kalian, bahawa mereka itu akan dibangkitkan di akhirat dan mereka akan mengadu kepada Allah SWT akan hal mereka, keadaan mereka.”

Ketika itu hati saya bergegar. Orang itu menyambung bicaranya.

“Mereka akan berkata: Wahai Allah, sesungguhnya orang Islam telah meninggalkan aku, terbunuh sebegini rupa. Wahai Allah, sesungguhnya orang Islam telah leka dengan dunia dan meninggalkan aku terbunuh sebegini rupa. Wahai Allah, sesungguhnya orang Islam telah alpa dengan perkara lain dan meninggalkan aku terbunuh sebegini rupa. Ya Allah, adili lah mereka”

Dan air mata saya turun tanpa henti ketika itu. Terasa. Sangat-sangat terasa. Dan akhirnya, orang itu berkata:

“Ketahuilah, kaki kita tergari dengan kaki-kaki anak palestin. Kita bertanggungjawab atas mereka” dan dia membacakan ayat Allah SWT: “Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya” Surah Al-Anfal ayat 72.

Rupanya, ada arahan keras daripada Allah SWT untuk membela yang teraniaya dari kalangan orang beriman.

Ketika itu, nyawa saya seakan terkeluar.

Apakah yang sedang kita lakukan?

Program Lifeline4Gaza yang terdekat

Lifeline4Gaza berusaha keras untuk menghidupkan rasa ambil berat terhadap Palestin, dan hendak membina satu kekuatan bagi membantu saudara kita di sana. Moto ‘Break The Siedge’ yang dilaung-laung bukanlah omongan kosong semata.

Memang sebenarnya ingin meruntuhkan tembok yang sedang mengelilingi gaza pada ketika ini dan tidak sesekali hendak bersekongkol dengan Yahudi serta konco-konconyaa, berdiam diri tidak melakukan apa-apa.

Justeru, terdekat ini, Lifeline4Gaza menganjurkan program untuk kalian di Malaysia menghadirinya.


Program : Perhimpunan Perdana Palestin
Tarikh : 08 Mei 2010
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 - 11.00 malam
Tempat : Stadium Melawati Shah Alam


Sumbangan anda dialu-alukan

Lifeline4Gaza terus berusaha memberikan yang terbaik kepada saudara keimanan kita di Palestin. Misi menembus tembok yang mengelilingi Gaza diteruskan. Maka sumbangan bantuan anda kepada Palestin dalam apa jua bentuk dialu-alukan. Bagi yg menerima bantuan JPA, inilah masa anda untuk sumbangkan sedikit biasiswa anda. 1 semester dapat RM5,ooo bukan. Apalah salahnya andai RM1,000 disumbangkan kepada mereka, saudara2 kita juga.

Sekiranya anda berminat hendak memberikan sumbangan wang kepada saudara keimanan kita di Palestin, maka bolehlah memasukkan wang kepada:

Mari bersama, melepaskan diri kita dari azab Allah...

Nama Akaun: TABUNG PALESTIN HALUAN

Nombor Akaun: 5644 9020 8528

Bank: Maybank Berhad.

Marilah. Tiada ruginya memberikan sumbangan.

Sesungguhnya Allah SWT berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar.” Surah As-Saff ayat 10-12.

Ini bukannya pemberian yang tidak membawa keuntungan.

Penutup: Mari lepaskan diri kita dari tuduhan mereka

Sememangnya di akhirat nanti, yang teraniaya akan menuntut di hadapan Allah SWT untuk membalas sesiapa yang menganiayainya, dan yang bersekongkol bersama penganiayaannya.

Maka inilah peluang kita untuk melepaskan diri dari tuntutan itu.

Kita laksanakan tanggungjawab kita, sebagai saudara keimanan, membantu mereka.

Jangan sampai di akhirat nanti, kita tidak mampu menembusi syurga, kerna terikat dengan tuduhan ini.

Semoga Allah itu Maha Adil.

Perhatikanlah.

sumber:http://ms.langitilahi.com/hari-palestin-mereka-akan-dibangkitkan-bersama-kita/