.

Monday, August 24, 2009

SALAM dari KELANTAN

Salam n selmt pose aku nak ucpkan pada sume kwan2.... smoge tahun nie lbih bgus ramadannnya dari tahun lepas....Sempena bulan pose ni..... paan nak kongsi 1 cerite motivasi.... so renung2 kanlah.. k tq

“ BELON HITAM PUN DAPAT TERBANG “

Ini kisah seorang kanak- kanak Negro yang miskin, berkulit hitam, tinggal di sebuah kampung kecil di pedalaman Amerika.
Pada suatu hari kanak-kanak itu berjalan- jalan di pinggir sebuah desa. Dia tidak mempunyai wang dan tiada tujuan hendak membeli apa- apa di pasar itu. Hanya sekadar melihat-lihat.
Dia terpandang seorang penjual belon sedang berteriak memanggil pelanggan. Belon-belonnya berwarna- warni dan semuanya terapung di udara.
Ada sesuatu yang terlintas di fikiran anak kecil itu. Lantas dia menghampiri si penjual belon.
“Kamu mau belon yang mana?, Tanya penjual belon.
“ Saya tidak mahu membeli belon!” jawab si anak perlahan. “saya cuma mahu bertanya.”
“ Apa dia?” Tanya si penjual kehairanan.
“ Mengapa pakcik menjual belon-belon yang berwarna-warni? Mengapa tidak ada belon yang berwarna hitam? Belon yang berwarna hitam tidak boleh terbang ke, pakcik?” Tanya si anak- bertalu-talu dan bersungguh-sungguh.
Si penjual terpegun dan merenung si anak dengan mata yang berkaca.
“ Anakku, bukan warna belon yang membuatnya boleh terapung. Apa yang ada pada belon itu yang membuatnya terbang apabila ia dilepaskan.”
Ada cahaya yang terbit dari riak wajah si anak lalu bertanya lagi. “ maknanya belon yang berwarna hitam pun boleh terbang jugalah?”
“Ya benar anakku! Belon warna hitam pun boleh terbang tinggi seperti belon-belon yang lain,” balas si penjual.
‘Terima kasih, pakcik.Terima kasih,” balas si anak lalu melompat girang dan berlalu pergi.

No comments:

Post a Comment