.

Thursday, May 21, 2009

Aku dan Test JPJ XB

Salam buat semua rakan2 yang dikasihi..Haha hari ni, termaktub 21hb Mei 2009 aku menduduki ujian kereta JPJ yang mengerikan...Nostalgia sungguh..Sekarang pantang aku nampak kereta kancil aku kan jadi seram sejuk..

Pada waktu lebih kurang 8.30 pagi mengikut kedudukan matahari, aku yang no.giliran kuning 37 membuat ujian bahagian dalam dulu; yakni bukit, parking dan 3 penjuru..

Alhamdulillah, aku berjaya mengharungi ujian ini dengan penuh kesabaran dan senyuman.. (Hahaha poyo giler ayat aku)

Setelah itu, kami menerima kertas ujian pertama berwarna biru sebagai salinan kenangan di mana aku telah melipat seperti origami dan tersenyum bahagia melakukannya..Jelas sungguh betapa penat duduk menantikan giliran melakukan ujian on the road pula..tetapi diperhatikan oleh makcik yang duduk di sebelah aku..
"kertas tu takleh dilipat dik..nanti nak bagi kat pegawai tu kan.."

Aku yang terpana buat 2,3 saat terus tersenyum dan mengucapkan terima kasih..malunya dengan kesan-kesan lipatan yang ada pada kertas aku..
Akhirnya setelah beberapa lama melilaukan mata dan selawat. tibalah giliran aku untuk diuji. Sebelum aku merupakan giliran seorang remaja perempuan; yang apabila bermula dirinya merupakan pemandu tetapi bila pulang menjadi seorang penumpang pula..Aku berdoa banyak-banyak agar aku tak menjadi penumpang nanti..
Jadi bermula dengan membuka pintu dan memberi salam, lalu aku duduk di seat driver denagn senyuman lebar..Namun tertanya-tanya..
"Eh, radio bukak ye encik?"
lagu Isabella 98 nyanyian Amy Search, Saleem, Zamani dan Jamal berkumandang di dalam kereta itu...

Aku sangkakan radio yang terpasang itu merupakan salah satu perkara yang sedang diuji oleh pegawai JPJ, jadi aku dengan muka sopan "Saya tutup ye," dan tanpa menunggu aku menekan butang off....di sinilah bermula segalanya...
"Kenapa awak tutup?" Dengan muka tegas, marah? dan suara yang 'cool'..cermin mata hitamnya berkilau sampai aku tak dapat kenalpasti air mukanya yang sebenar melalui matanya..

"Err..sebab tak elok..nak bawak kereta..saya orang baru...," suara aku menjadi semakin perlahan

"Pe yang tak elok? Awak tau tak saya tengah pasang mp3 saya? Rosak ar kalau terus tutup," terus dia bukak tempat simpan barang depan passenger seat sebelah aku and baru aku perasan ada wayar yang connect mp4 tue dengan radio..

dia pandang aku and tunjuk mp4 dia.. "tengok, dah rosak"
-gulp- MASAK AKU

walaupun aku dah minta maaf tapi perasaan bersalah tue tak dapat nak lari, sambil aku bercakap sambil aku buat semua perkara yang kena buat sebelum drive..cuak dowh!! Buatnya dia failkan aku terus..rasa cam nak rewind jer and halang aku drpd off mp3 tue!! hhuhu pastu keadaan jadi tegang mula2, aku rasa aku je satu2 calon yang lama giler dlm kereta sebelum start...sepanjang tue, alhamdulillah, aku sopan GILER la..korang pun tak pernah dengar tahap kesopanan melampau aku tue..

tapi Alhamdulillah sekali lagi, waktu on the road berjalan lancar la, aku doa jer biar cepat habis..tengok JPJ pun diam je...diam.....tapi...ada dengar gak bunyi hidung tersumbat.....pastu dia minta maaf ar pasal bunyi hidung dia tersumbat..pastu aku dengar dia minta maaf tue berbunga plak..lega jer rasanya. "takpe, saya tak kesah" dan memang hakikatnya aku tak kisah sebab akhirnya nak sampai tempat penamat!! XD
yea, TAMAT! jadi sebelum keluar kereta tue aku ucap terima kasih ar kat encik tu dan minta maaf pasal mp4 dia yang rosak and terang yang aku ingat tu salah satu ujian..etc etc pastu dia tanda2 kerats aku and kata "takpe takpe" pastu bila aku keluar nak tengok aku dapat berapa markah sebab markah lulus 16...Aku Dapat...........
7

aku jadi semacam blank, aku jumpa instructor aku pastu bgtau aku fail..aku bagi instructor aku pegang kertas tue..aku tak sanggup tengok..pastu ribut ar sekejap..terus fotostat ic.lesen L etc etc nak book test seterusnya..pastu duduk dengar makcik instructor aku, kakak yang ajar aku, abang-abang yang mengajar kat institut tue sume semacam bengang sebab sumer rasa pegawai tu failkan aku sebab aku rosakkan mp4 dia..dia sajer bagi aku bawak sampai akhir sebab nak mainkan aku..dorang dah siap nak report and jumpa denga pegawai tue..Aku, tak sangka aku boleh 'ter'menangis tau time tue...rasa cam nak balik...

hinggalah satu abang tue nak tengok kertas tue, nak tengok pe yang aku wat salah, pe pegawai tu tulis..pastu instructor aku bagi...bila abang tue tengok dia tengok 2 kali..pastu cakap,

"Apa fail? Ni tulis lulus nie."

sumer orang terpana.

"betul doh nama?"

"betul doh nie, budak nie la,"

"ni lulus nie, awat awak bagitau saya awak fail??"

lepas dorang dah pass2 kertas tue tengok, instructor aku pandang aku denagn soalan tue..pastu kertas tue sampai kat aku..

"ni 7, markah lulus kan 16..tapi...eh???"

pastu baru aku perasan ada kolum kat atas pegawai tu tick kat lulus! dan markah aku yang sebenarnya bukan 7!! 7 tu no. giliran aku!!
last2, satu meja sumer gelak nak mati ar..aku jadi malu giler...mana taknya...AKU SALAH TENGOK!! kalau abang tue tak mintak nak tengok, mesti aku akan duduki test yang sama minggu depan!! Pastu kitorang sume rasa bersalah sebab nak pergi jumpa pegawai tue dah, siap tak puas hati lagi!! Aku..jadi terharu giler!! Dah la aku 'ter'rosakkan mp4, tapi dia tetap bagi aku lulus!! SYUKUR ALHAMDULILLAH!! aku doakan pegawai tue dimurahkan rezeki!!


Ni kertas tue..

hehe, jadi peringatan aku..jangan wat cam aku tau...

conclusion nya, aku bersyukur sangat dimurahkan rezeki untuk aku lulus lesen P kereta nie..moga Allah murahkan rezeki mereka2 yang membantu aku untuk lulus ini...tak terucap langsung terima kasih aku!! hahaha
tapi walau apapun...aku tak mahu hadapi tets JPJ buat kali ke-2..sangat menakutkan bagi newbie like me..

neway, rindu korang gak!! sori for the lenghty post.. enjoy reading it! X)

Aki

ps: Piqa turun key ell yeah!

pps: Rasa bersalah lagi sebab terrosakkan mp4 encik tue..huhuhuhhuhuh ;( sebab tu agak sedih bila tengok kereta kancil..nostalgia baru...hahaha

ppps: mana ada encik tue mintak kertas yang ujian pertama!! huhuhu..

1 comment:

  1. muahaha...
    lawak gler crite kau..
    ak rase la aki.., kau kena ada 1 blog kau sndiri la..
    every post yg kau buat,, dah boleh hsilkn beberapa bab dlm 1 novel.. huhu.. pnjg gler crite kau..
    Anyway, tahniah coz dah dpt ur lesen P.=D

    ReplyDelete