.

Monday, October 11, 2010

familyday biotech 2010

Assalamu'alaikum semua. =)))

Maaflah jugak. Dah lama tak post something kat blog ni. Huhu.

Actually tak tahu nak tulis apa kat sini. Huhu. Disebabkan Mardiah kata tak kisah nak story pasal apa pun kat blog ni. Jadi, di kesempatan ini, fatin nak share pasal program familyday kitorang beberapa hari yang lalu. 

Familyday bagi Kelab Bioteknologi UKM (chewah~) berlangsung selama 2 hari 1 malam di Port Dickson. Diorang bertolak pada pukul 3 petang dari UKM. Fatin & beberapa orang kawan 2nd year serta senior telah bertolak lebih awal pada pagi, dalam pukul 9.30 pagi bagi persiapan tempat & peralatan untuk program tersebut. :) Kami menginap di DeeDee Villa. Ianya bukanlah seperti resort-resort biasa (ayat skema, haha), ianya merupakan sebuah banglo yang mempunyai 4 bilik tidur. 3 bilik bahagian bawah dan 1 bilik kat aras atas. Perempuan ditempatkan di atas manakala lelaki kat bawah. Men's are not allowed to go upstairs. Kikiki. Tetapi disebabkan bilangan pelajar perempuan lebih ramai, akak-akak 3rd year duduk kat salah sebuah bilik kat aras bawah. Maka, kami (2nd year) bermaharajalela kat bilik aras atas, bersama-sama first year. :p Bilik tersebut berjaya memuatkan kitorang seramai 20 orang. Tengok, besar tak besar bilik tersebut. Ada 5 katil queen size dan 1 katil single. Ok. Nie dah macam tolong promote. Hoho. Kalau korang berminat nak buat program kat PD, bolehlah duduk kat villa ni. Macam rumah sendiri je rasa. Dengan ruang tamu, dapur bagai~ :)

inilah banglo tersebut. :)

Program yang diarrange oleh kitorang adalah dinner biotech merangkap jamuan raya pada malam tersebut.  Sebenarnya fatin tak la minat sangat dinner-dinner ni. Huhu. Banyak berulang-alik ke dapur je, memastikan semua cukup. Hoho. Konon rajin + baik r. :p Sebenarnya bukan fatin manage untuk makan, tapi saja tolong kawan. At least ada something nak buat daripada duduk je kat meja makan. Huhu. Dan bukan fatin sorang, ada kawan lain jugak. Malam tersebut jugak setiap year kena buat persembahan. Dan mereka2 (2nd year) pilih persembahan paling senang, semua pergi depan, then nyanyi lagu raya ramai-ramai. Tapi... Fatin tak join, masa diorang semua bergerak ke depan, fatin seludupkan diri duduk kat area akak-akak senior. Hehe. Akak senior yang memang rapat dengan fatin tu pun membantu membuatkan fatin terasa seperti 3rd year. Hehe. Selamat eden. Malu + segan la nak nyanyi. Walaupun ramai-ramai. Kalau lagu negaraku, takpe jugak. :p



pagi ni fatin sorang dah mandi. :p tengok yang lain xpakai baju kaler merah lagi. baju biotech kitorang kaler merah. hihi~

Esok paginya, sebelum senamrobik bermula. Kitorang jalan-jalan tepi pantai, nak tengok sun rise, tapi tak nampak, huhu. Terlindung di sebalik awan mungkin. Next, senior arrange program pada hari tersebut. Explorace. Kumpulan dibahagikan secara randomly. Kumpulan fatin semua perempuan. Cayalah!!! Girl power. Dan dapat tempat kedua daripada 6 kumpulan. Huhu. Next. Diadakan acara tarik tali, lawan antara 3rd year, 2nd year and 1st year. Yang ni memang fatin tak join. Kalau join pun tak membantu pun. Haha. So, dikala mereka bermain tarik-tali, fatin jalan-jalan kat area tepi pantai, hihi. Lepas tu, baru join diorang, duduk tepi je la, tengok, tak main pun. :)

 yeah! tarik...:p

kawan-kawan, teruskan usaha anda..>.<

Masa kitorang kat PD tu, rupanya ada budak UTM yang turut sama ada program familyday. Jumpa sorang budak KMPh. Tapi kalau fatin sebut pun korang tak kenal kot. Huhu. Maybe chah  & ila je kenal, coz kte pernah sama group masa program luar KMPh tu. Ok. Ini cuma selingan iklan. Hee.

Seterusnya acara bebas. Kitorang ramai-ramai naik banana boat. 1st year naik sesama 1st year. 2nd year sesama 2nd year dan 3rd year sesama 3rd year. Ok, ada diskriminasi di sini. :p Gurau je. Haha. So, kitorang 2nd year yang naik banana boat 10 orang je semua. Yang lain tak nak. Tu 1st time fatin naik. Seronok woo. Siap kena buang tengah laut. 3 kali lagi. Huhu. Kenyang minum air laut. ;D Walau sakit tekak akibat kemasinan, dengan air juga masuk rongga hidung dan telinga, overall seronok! Korang yang tak cuba lagi, try k. ^_^ (p/s : takde gambar kitorang naik banana boat, coz nak masuk laut, xde siapa berani nak bawak hp, kamera, cermin mata, etc. takut 'selamat', he)

Petangnya kami bertolak balik dalam pukul 3.30 petang. Disebabkan fatin datang naik kereta semalam, jadi time balik nak merasa naik bas pulak. :) Dan sampai UKM dalam pukul 4.30 petang. Balik bilik, bersihkan diri, solat Asar, rehat. Penat! :)

Ok. Rasanya tu je kot. Sampai sini je la ea. Mesti korang dah bosan baca panjang-panjang ni kan. Huhu. Lain kali, insyaAllah, fatin update lagi perkembangan terkini. Chewah, macam berita plak.>.<

Yang lain, sila update pasal korang jugak. Huhu. Rindu sangat kat korang!!! Hopefully, 1 hari nanti kita dapat jumpa @ buat reunion. InsyaAllah.

Sekian sahaja entry dari budak yg macam tak reti-reti nak matang ni. Haha. :p

Ok. Korang dan fatin, jaga diri, jaga iman. :)

Tata. Wasalam.

~fatin liyana~ ^^.

No comments:

Post a Comment