.

Friday, October 15, 2010

Aki?

Hu Ha Hu Ha marilah kita memetik gitar dan mengetuk dram untuk menyambut kedatangan Aki ke blog kelas 6h31 kembali. Hah! cepat main cepat!!

*paluan kompang*

oiii!!!! bukan kompang!! ni bukan orang nak kahwin!!!

*ehem ehem*

*********************************************************8

Ha ha ha. Saje buat drama nak bagi gimik  comeback. Biarlah Aki kat sini mohon maaf sebab taknak update sebelum nih. Ha ha ha persahabatan mestilah ada asam garam pahit manis kelat tawar pedas sedap kenyang lapar diet..eh eh ter-banyak lar pulok.. ho ho ho

Aki sedang berasa gembira kerana sudah sampai hujung minggu di mana ketika inilah Aki akan bergolek tak ingat dunia, dengar lagu tak nak dengar orang len cakap, berangan dapat menari macam dalam citer step-up 3D dan melalak mengalahkan orang yang melalak time shower. 

Oh, aku sangat dibenci oleh budak-budak blok sebab suara kuat dan tak sedap akan berkumandang ketika hujung minggu. *gelak evil*

*ehem ehem version 2.0*

Yeah, di sini hap-date saya:



Malam Mesra Pelajar dan Staff 2010-projek 2nd year dental


Ya aku dengan bangganya mengatakan aku merupakan penolong pengarah cenderamata. Hahaha sangat tak bertamadun nak bangga2  (- -;)

Malam mesra pelajar atau nama turun-temurun-tahun-ni-baru-tukar adalah Senior Freshies Night. Kena tukar sebab menggunakan perkataan 'senioriti dan junioriti'. Ha Ha Ha

Konklusi malam itu persembahan 1st year sangatlah mengagumkan kami semua. Kamera SLR takleh nak lagik besar kedabak kat depan tangkap-tangkap gambar performance time tuh. Dulu time kitorang wat performance senior pun tak datang lagi. hu hu hu

 sori yer gambar kecik. haha berlambak gambar malam tuh tangkap bebanyak tapi semua penoh kat muka-buku jerlah. nak tengok sangat muka aki sila rujuk laman foto di profile saya. ha ha ha

Seperti yang telah Aki banyak kali bagitahu kitorang ada sistem buddy dan ketika inilah Aki pergi mengambil gambar dengan buddy kecik Aki. Nama dia, Waki. Ha ha ha tengok nama pun nak sama je. (- -,)

itu adalah topeng persembahan dia, saje pakai baru chantek gambar. ha ha takleh nak skodeng muka buddy Aki.


Haha, jadi memandangkan Aki telah pun  mengupdate pasal diri sendiri biarlah Aki mengundur diri denagn sopannya *malu malu* serta mengucapkan terima kasih kepada semua yang menantikan post baru daripada diri yang gergasi comel lotey ini. He he he. Salam.
Aki

Merapu of the day: YA SAYA SEDANG DIET JANGAN AJAK SAYA MAKAN MALAM

Thursday, October 14, 2010

panas sangat UKM nie.

title tak de kene mengena ok. hahha. ok ok. back to basic. hahah. nampak nyer semua dah nampak kehadiran kak zeira. HAHAHAH. akak sekarang busy sangat. banyak betul problem. exam nak dekat dah, bape hari je tinggal. tapi study satu ape pon belum. hee. 25 october 2010-11 november 2010 exam ok. bukan mid sem ok. final. grr. banyak betul subjek dah ar killer killer, memang ter"killer" lar diri ini. hahahha. 

ok lar, dah merapu lebih dah nie. nanti sambung lagi. rindu korg! ;) <3

lots of love,
kak zeira. ;)

Wednesday, October 13, 2010

assalamualaikum....+_+


mesti kowg pelik, asal la farah letak gmbow 2 ekor makhluk tomel nie...hehehe....

sal 2 ekor nie la, farah xtdo ngat smalam.. nk kna ciapkan asgmnt sal bndalah nie...n present pg  td...


pulun pnyer pulun ciap jgk la smalam...  hentam secawan white coffee... memang power la...!!!! kalah power rangers kot.. wakakaka.... dia punya penangan, fulamak.....!!! kow abes... memag xdpt tdo smalam. tujuannyer nk ciapkan asgmnt tu la..ingatkan lmer, alih2 kjap jew buat. kul 3.30 kapala da stat pusing2.. 2 yg xsuka... baring la atas katil... pusing kanan, pusing kiri... xterlelap...!!! adoi~~~ memang parah dah la...


*xmow dah minum white coffee..huuu*


at last lam kul 4.30pg, mata stat dah layu, n tertdo jgk akhernya... hehehe... pg td klas kul 8.30 n bgun kul 7.30 lbey...hahhahaha..... ^_


xtaw nk post apew, so membebel jew la nie...hikhik..


rindu kowg...(n_n)
~Farah_zs~

Monday, October 11, 2010

familyday biotech 2010

Assalamu'alaikum semua. =)))

Maaflah jugak. Dah lama tak post something kat blog ni. Huhu.

Actually tak tahu nak tulis apa kat sini. Huhu. Disebabkan Mardiah kata tak kisah nak story pasal apa pun kat blog ni. Jadi, di kesempatan ini, fatin nak share pasal program familyday kitorang beberapa hari yang lalu. 

Familyday bagi Kelab Bioteknologi UKM (chewah~) berlangsung selama 2 hari 1 malam di Port Dickson. Diorang bertolak pada pukul 3 petang dari UKM. Fatin & beberapa orang kawan 2nd year serta senior telah bertolak lebih awal pada pagi, dalam pukul 9.30 pagi bagi persiapan tempat & peralatan untuk program tersebut. :) Kami menginap di DeeDee Villa. Ianya bukanlah seperti resort-resort biasa (ayat skema, haha), ianya merupakan sebuah banglo yang mempunyai 4 bilik tidur. 3 bilik bahagian bawah dan 1 bilik kat aras atas. Perempuan ditempatkan di atas manakala lelaki kat bawah. Men's are not allowed to go upstairs. Kikiki. Tetapi disebabkan bilangan pelajar perempuan lebih ramai, akak-akak 3rd year duduk kat salah sebuah bilik kat aras bawah. Maka, kami (2nd year) bermaharajalela kat bilik aras atas, bersama-sama first year. :p Bilik tersebut berjaya memuatkan kitorang seramai 20 orang. Tengok, besar tak besar bilik tersebut. Ada 5 katil queen size dan 1 katil single. Ok. Nie dah macam tolong promote. Hoho. Kalau korang berminat nak buat program kat PD, bolehlah duduk kat villa ni. Macam rumah sendiri je rasa. Dengan ruang tamu, dapur bagai~ :)

inilah banglo tersebut. :)

Program yang diarrange oleh kitorang adalah dinner biotech merangkap jamuan raya pada malam tersebut.  Sebenarnya fatin tak la minat sangat dinner-dinner ni. Huhu. Banyak berulang-alik ke dapur je, memastikan semua cukup. Hoho. Konon rajin + baik r. :p Sebenarnya bukan fatin manage untuk makan, tapi saja tolong kawan. At least ada something nak buat daripada duduk je kat meja makan. Huhu. Dan bukan fatin sorang, ada kawan lain jugak. Malam tersebut jugak setiap year kena buat persembahan. Dan mereka2 (2nd year) pilih persembahan paling senang, semua pergi depan, then nyanyi lagu raya ramai-ramai. Tapi... Fatin tak join, masa diorang semua bergerak ke depan, fatin seludupkan diri duduk kat area akak-akak senior. Hehe. Akak senior yang memang rapat dengan fatin tu pun membantu membuatkan fatin terasa seperti 3rd year. Hehe. Selamat eden. Malu + segan la nak nyanyi. Walaupun ramai-ramai. Kalau lagu negaraku, takpe jugak. :p



pagi ni fatin sorang dah mandi. :p tengok yang lain xpakai baju kaler merah lagi. baju biotech kitorang kaler merah. hihi~

Esok paginya, sebelum senamrobik bermula. Kitorang jalan-jalan tepi pantai, nak tengok sun rise, tapi tak nampak, huhu. Terlindung di sebalik awan mungkin. Next, senior arrange program pada hari tersebut. Explorace. Kumpulan dibahagikan secara randomly. Kumpulan fatin semua perempuan. Cayalah!!! Girl power. Dan dapat tempat kedua daripada 6 kumpulan. Huhu. Next. Diadakan acara tarik tali, lawan antara 3rd year, 2nd year and 1st year. Yang ni memang fatin tak join. Kalau join pun tak membantu pun. Haha. So, dikala mereka bermain tarik-tali, fatin jalan-jalan kat area tepi pantai, hihi. Lepas tu, baru join diorang, duduk tepi je la, tengok, tak main pun. :)

 yeah! tarik...:p

kawan-kawan, teruskan usaha anda..>.<

Masa kitorang kat PD tu, rupanya ada budak UTM yang turut sama ada program familyday. Jumpa sorang budak KMPh. Tapi kalau fatin sebut pun korang tak kenal kot. Huhu. Maybe chah  & ila je kenal, coz kte pernah sama group masa program luar KMPh tu. Ok. Ini cuma selingan iklan. Hee.

Seterusnya acara bebas. Kitorang ramai-ramai naik banana boat. 1st year naik sesama 1st year. 2nd year sesama 2nd year dan 3rd year sesama 3rd year. Ok, ada diskriminasi di sini. :p Gurau je. Haha. So, kitorang 2nd year yang naik banana boat 10 orang je semua. Yang lain tak nak. Tu 1st time fatin naik. Seronok woo. Siap kena buang tengah laut. 3 kali lagi. Huhu. Kenyang minum air laut. ;D Walau sakit tekak akibat kemasinan, dengan air juga masuk rongga hidung dan telinga, overall seronok! Korang yang tak cuba lagi, try k. ^_^ (p/s : takde gambar kitorang naik banana boat, coz nak masuk laut, xde siapa berani nak bawak hp, kamera, cermin mata, etc. takut 'selamat', he)

Petangnya kami bertolak balik dalam pukul 3.30 petang. Disebabkan fatin datang naik kereta semalam, jadi time balik nak merasa naik bas pulak. :) Dan sampai UKM dalam pukul 4.30 petang. Balik bilik, bersihkan diri, solat Asar, rehat. Penat! :)

Ok. Rasanya tu je kot. Sampai sini je la ea. Mesti korang dah bosan baca panjang-panjang ni kan. Huhu. Lain kali, insyaAllah, fatin update lagi perkembangan terkini. Chewah, macam berita plak.>.<

Yang lain, sila update pasal korang jugak. Huhu. Rindu sangat kat korang!!! Hopefully, 1 hari nanti kita dapat jumpa @ buat reunion. InsyaAllah.

Sekian sahaja entry dari budak yg macam tak reti-reti nak matang ni. Haha. :p

Ok. Korang dan fatin, jaga diri, jaga iman. :)

Tata. Wasalam.

~fatin liyana~ ^^.

1st time upload gmbo..hehe

hihihi...xde nk ckp pape..tp sje nk tnjuk gmbo classmate kte...sume ceria2 n riuh cam klas mtrk kte dulu..

ehem..ni gmbo candid..
*ehem2..kalo kowg prasan mne2 post yg aneh2 2..abaikan jela eh..huhu

ni gmbo time gym visit..
toilet die cntek..sbb 2 ktowg amek gmbo kat cni...hahah
*actually xleh suke2 ati amek gmbo kat gym 2..kat toilet je xkne marah..hoho..(alasan..)

p/s: emmm......xde papelah..he
with love,
~ChAh~

Sunday, October 10, 2010

mari ku bercerita dengan gambar~KLPAC 2

sbb ada masalah tenet tadi~so, skrg nk sambung balik~haish~geram2~hehehhe~
tarian seterusnya~xtau nk tulis aper~heheh


okay~boleh nmpk kan tarian yg agak~urhm~erk~hehehe~
jgn tenung lama2 okay~

tarian yg paling xdifahami~heheeh~susah jgk nk phm seni nih~



nilah ferano merican~cm einstein pun ada~keh3~
nice woman~heheh~

ngn one of the dancers~yg sgt2 hebat okay~xtipu~

ceh~hehehe~btw~nilah pengalamn yg sgt2 best~mcm2 nk  citer~tpi xlarat dah~hehehe~korang pun msti dah xlarat ng tatap gmbr2 yg mrdh post erh~heheheh~sgt2 best okay~juz nk share pengalamn~hehehee~


okaylah~nk stdy plak ni(poyo jer~padahal nk tgk movie)heheheh~dah bnyk mrdh citer~nk tggu citer drpd korang plak~heheeh~btw~insyaAllah mardh xtau lagi kawen bila~heheheh~ada jodoh, nti mrdh gtau yer~heheh~ntah2 korang kawen dulu kan~heheh~salam syg utk korang semua~rerajinlah post supaya kita boleh kongsi mcm2 cerita okay~heheeh~Allah berkati kita semua~salam~

mari ku bercerita dengan gambar~KLPAC

okay~salam semuanya~terima kasih kepada sahabt2 yang telah memeriahkan n akan memeriahkan blog nih~kakzera~farah~chah~nissa~xsabar nk tggu post drpd korang seme plak okay~
ni bangunan nya~tmpt yg dipenuhi oleh org2 kaya~ngee~
okay~malas nk citer pnjang2~jumaat malam mnggu lepas mardh g KLPAC (nk tau, sila google)~hehehhe~tempat berkumpulnya insan2 seni dunia~kagum x????ngeh3~berlgsung slama bebrpa mnggu~n jumaat malam tuh~adalah event untuk SHORT N SWEET DANCE MALAYSIA~pengarah nya FERRANO MERICAN~korg msti xkenal kan~heheheh~salah seorg dancer yg hebat lah~dulu2 lah~heheh~
disambut dgn mamat2 yg hensem~xsmpat tgkap gmbr~
spnjg jalan tuh~penuh ngn mamat2 yg sgt2 hensem okay~hehehe~(nsb bek aku dh tunang)
okay~tu cerita sebelum masuk tempat tuh~PENTAS 2~bila masuk~mrdh duk depan sekali~mmg teruja sgt2 okay~dorg yg masuk tarian ni dilatih oleh dancers yg bertaraf dunia~so~mcm xsgka sgt2~boleh tgk secara real~papepun~dorg mmg hebat sgt2 okay~sgt2 hebat~wlupun kdg2 xpaham sgt jalan cerita dorg kan~heheeh~papepun~layannnnnnn~

team UPSI~mawar~
mrdh suka sgt2 ngn laki nih~sgt macho n hensem okay~heheheh~
malu lah pulak kan~dorg punya tarian antra yg superb sgt2~
jgn tenung lama2 okay~heheh~
malangnya~camera nih xdpt capture movemnt~so~xdpt pic yg cntik~

ni team untuk tarian tap~so damn cantik sgt2~marvellous~

OKAY~ada masalah internet plak kan~byk lagi nk upload gmbr sbnrnya~xper2~tggu post lagi satu okay~geram betollah~haish~

Saturday, October 9, 2010

fuyoooohhhhh..

wahhhh.. bagus lahh. lepas mardiah menge'tag' kita di fb nye, berduyun2 posts baru di blog nihh
wahhh.
tq2.
aki, kau mesti haapppy kann?
hehe.
kak zera pun da ada her 1st post, hebat2, tahniaah pada semua kerana masih ingt account ni. ohoho.
but anyway, tujuan blog ni diwjudkn adelah utk saling contact mengcontact, saling ingt mengigati. bknlah nk melekakan korg dgn kewujudan blog ni. at least dgn wujudnye blog ni, tau lah perkembgn semasa korg. contohnya sperti:
1. mardiah nk kahwin sudah.
2. kak zera tinggal lagi setahun setengah je nk grad. fuyohh. nissa lmbt lagiiii.. :(
3. tau perkembgn semasa utk reunion kita yg xprnh lagi kunjung tiba.
4. masing2 sibuk dgn asssignmnent.
5. exam yg bakal berkunjung tiba.

huhu. anyway, ckp psl reunion ape kata korg pulak rancang lepas ni if korang nk jumpa lahh,
bcoz biasanye nissa akn end up jumpa dgn aki sahaja. kesian kat aki, mesti dah bosan tgk muka nisa je. ohohoh.
kan aki kan?

nissa pun makin sibuk. serius xde masa.
ada ke patut nk exam ni, makin byk assignment yg dtg??
memang xpatut,
pastu, boleh pulak wktu study week ada kelas, ada presentation, kan giler tuh.
xdpt bygkan result exam nnti. adoi.
so, aki, cuti nntilah baru ak peg melawat kau ok.
hopefully, kita semua berjaya menempuhi segala ranjau kehidupan sepnjng di u ni.
insyaALLAH masing2 akn berjaya menggulung ijazah kita. yeah! go semua org! bersemangat!

k lah.
gud luck.
salam.
~nissa~

p/s: mardiah, nak kahwin jemput ak jugakkk!! :)
selamat malam sumer n assalamualaikum... (^_~)


emm, arini xtaw nak watpe.. btol2 boring..
walaupun asgmnt byak tpi xtaw nk wat... ptg td g pasar malam jap... round2,  2 pon xtaw nk beli aper.. last2, rembat nasi ayam jew la...bab xmkn ag dri pg td..huuu....


lpas g pasar malam, sempat g proton city jap... makan2 kat sner..  sje... boring thp gaban dah tuu..hehe...  
malam isnin nati, ad test Lk...korang doakan farah ek...
takut senarnyer...
sbb farah xpnah amek LK pon selom nie...


dia punya blaja seronok, tp farah cm lambat pick up ckit... dah lah bnda tu kna imagine... bntuk lak kalo just empat segi, tiga segi ke, bulat ke, xpelah jgk... ni dah mcm2 bntuk... pning kpala..hehehe...
ntah ape lah farah melalut mlm2 nie...
erm... ngantuk sudah... gud nyte sumer.. mner yg ngah study n ciapkan asgmnt skang tu, cayok2!!! k, salam..


~farah~ (n_n)

Friday, October 8, 2010

assalamualaikum sume..=)


huhu..maaf da lme xjenguk blog..(actually slalu msok tp xpost pape pown..hu)..
just nk report keadaan kte kat cnie...aicehh..bajet artis..hahah.
bile tgk post mardiah sal reunion 2..kte rse terkilan sgt xdpt nk join,,sem nie sy mmg tersangatlah bz..7 days a week are full with classes n club activities..kalau xbz da lme kte melompat nk join..(SERIUS MELOMPAT..huhu)


insya Allah next time kalo ade reunion mmg sy akan cube tok join,,roger taw! wat akie n sesape yg bersusah payah arrange reunion,,maaf sgt2 tau..at the end kte bwu dpt tau yg reunion ari 2 cancel..ad0ooi rse bersalah..hu..

*tkar cte..hehe*

ehem...wat mse nie antre kte da trase bahang nk exam kan..anyway kte nk wish awal2 gudluck ea..wat yg terbaik,,don't stop trying n believe dat u can do it..Allah sentiasa ada untuk hamba2 yg berharap padaNya..jge solat,,jge amalan,,jge tgkah laku...n bak kata fatin..jaga iman..2 yg penting..pape pn..kte sentiasa m'doakan yg terbaik tok korang sume,,SAYANG KORANG SGT2...huhuhu..

emm..Insya Allah kalau ada kelapangan nt kte post yg laen plak ea..rindu korang sgt2...salam..

p/s : buat mardiah...nk kawen nt ckp tau..!! nk kad jemputan!! hehe

~ with love~
~CHAH~

Thursday, October 7, 2010

salam sumer... hehe..memang dah lme xbkk blog, smapai lupa username ngan password..hua3.. seb bek fatin gtaw..thanks, fatin..huhu..


em farah xder ap nk kongsi pon...sje2 jew.. ad masa, 2 bkk jap.. blajo kat upsi nie....cmtu lah.. sebuk jew memanjang.. asgment lak dtg berderet2...  nk kna anta pon dah dkat dah.. buatnyer ntah ke mana ag..huhu... by the way, ngah struggling bt  jgk la.. nk x nk, memang kna ciapkan..hehe...




ni gmbow latest farah.... amek kat library...xder keje..hahaha..
k, salam rindu drp farah tk sumer.. blaja rajin2 ea... 
tata... ^_^

Wednesday, October 6, 2010

hye hye! kak azera di sini. ;)

hahahah. macam kelaka je. akak maen blog nie. tak penah kut. ;p btw, sorry yer adik-adik ku n 6h31. akak hilang semua yang korang bagi detail untuk blog nie. nie pon MADY baru bagi tadi, (6 OCT 2010). dah bertahun kot. hahaha. maaf banyak-banyak yer syg. ;) 


hemmm. life akak lepas matrix? okayh je. sekarang kat UKM dah. hee. amik ape? SAINS NUKLEAR. ;) tinggal lagi setahun setengah nak abis. waaaa. tak sabar!! nak convo!! nanti akak convo. korg dijemput datang tau. hahah. life korang macam mane pulak? nak tau gak. -.-


kayh lar, tu je kot untuk hari nie. nanti akak update lagi kisah hidup akak yer. ehh jap jap. korg tak wish pon besday akak kan. (teringat zaman matrix). ;( 


kayh lar sayang sayang ku. akak pon tak tau nak merepek ape lagi nie. tapi insyaAllah, akak akan selalu update. yer ar, nanti korang rindu kat akak lak kan. hee. haa. don't forget, follow me at facebook. LUQERA AZERA. ;)


LOVE,
-AZERA-


 raya 2010. ;)

dalam hati~ianya rindu~

hoowkeeyhhh~
adakah mardiah semakin kurus~katakan YA~agagaga~
xda gmbr dah~gmbr dri fb jgk~

so, bila pulak kita nk kumpul2~
rindu nih~agagagaga~
agak geli jugak yer dgn tajuk diatas~agagagaga~ni kali ke-2 mardh post something kat blog nih~okay~salam semuanya~tiba2 rasa mcm nk post something sbb ya~ianya rindu~ececececcececeh~geli pulak aku mmbacanya~hahaah~xpelah~poyo sekali sekala~then, sbb rasa we need to do something sbb rasa makin jauh dah ngn korang~dah setahun lebh xjumpa kan~huhuhu~so, after this~marilah kita bersama2 mmeriahkan kembali blog nih~post lah apa je pasal korang~wlupun xda org komen~pasti ada juga yg baca~klu xda org baca pun~ada aku keesssaaaahhhh~aaggaggagga~nk sedpkan hti sndri kan~hehehehhe~setlh berkali2 merancg reunion, pun, xprnh jadi dah~ngeee~komitmen yg makin berat kan~so, have a minute, post somethng kat blog ok~so, we`ll always keep in touch erh~owh~btw, aku jumpa ngn CM harituh~reunion kita duaorg je yg jadi g las2~heheheh~its okay lah~heheheh~motif utama post ni adalah untuk bagitau korang~YA~IANYA RINDU~heheheh~nk jumpa korang lah maksudnya okay(sebelum aku kawen)~agagaggaa~ok, till then, Allah rahmati kita semua okay~mntak maaf salah silap~salam syg~

Friday, September 24, 2010

A Lone Ranger


I must say this.
Not all the things that we have done can be settled with excuses or even reasons.
No one knows how immature it can be when the heart is overwhelmed with unnecessary emotions.
I'm sad and dissapointed.
Its killing me inside but I fought back.
But eventually I fail.

Tuesday, September 7, 2010

Ramadhan. Syawal. Reunion.

Salam pembuka bicara. Aki nak update pasal bulan Ramadhan yang disayangi, Bulan Syawal yang mendekati dan Reunion yang dinanti. hahaha :D

Apakah perasaan kita apabila Ramadhan ingin melambaikan selamat tinggal kepada kita semua dalam masa yang terdekat ini? sedih? gembira? tiada perasaan? ;(

waaaa....
Aki rasa rindu.. ;((

Aki sedih sebab bulan Ramadhan tahun nie tak se-progresif sebagaimana bulan2 lepas...

RUGI RUGI RUGI  ;(

Ramadhan, bulan yang mulia. bulan yang mengawal nafsu manusia. bulan penuh keinsafan. bulan penuh ibadat, ya Allah.. terimalah puasa kami, taubat kami, ibadat kami dan amalan kebaikan kami. Kelak ya Allah, berkatilah kehidupan kami dan rahmatilah kehidupan kami. di kala kami sekali lagi terdedah kepada hasutan dan tipu daya dunia..ya Allah, jadikanlah kami khalifah yang berjaya. Jadikanlah kami anak yang soleh. 

Ramadhan oh Ramadhan...

aku doakan kita semua berada di bawah payung rahmat Allah dan kita semua akan berlumba-lumba untuk menambah ibadat di kala hari2 akhir Ramadhan...sori, rasa sedih jugak Ramadhan nak tinggalkan diri nih..taktau kenapa dah rasa rindu, rasa pilu..huhuhu emo betol aki nih... Berdoalah kita mampu berjumpa Ramadhan sekali lagi kelak. ;((

ehem ehem *betolkan mood*


Syawal oh Syawal...

dan apa pula perasaan kita apabila Syawal mendekati? gembira?sedih? marah?
(uih dasat tol kalo betol marah)

Aki?
:D 

hahahahahahaha

so-so ajer....

tak rasa excited mana pun. raya tahun nie pun Aki raya kat kampung KL je..
ada orang kata tak feel raya dekat2 nih..
hahaha 
mana2 ar, janji raya tahun ni famili semua berkumpul...betol tak betol tak ;)

nak citer persiapan dia tok raya nih, biasa lah..tukar cadar, tukar langsir ..
(bukan baru ya, pakai yang lama je...tapi sebab dah lama tak menukar so sume ingat baru la.. cehh pandai je strategi isteri encik Abidin nih hehehe) 

pastu nak extreme tahun ni kan kan...aki cat rumah, tukar pagar ..
(ya, kami dengan bangganya mengumumkan kami tak pernah cat rumah, selama 20 tahun rumah ni kitorg duduk, mmg camtuh je la kaler dia tak pernah tukar2..pagar pun berkarat2 sampai kitorang feymes kat taman melati dengan title 'pagar paling buruk'...hahaha... seriously (-_-;;)  ) 

pergh pastu tukar plak susunan perabot dalam bilik....tak sanggup den...ni pun tangguh kerja RoMbaK RumaH ni sampai lepas SPM atau sampai aku cuti mid sem...

penat rupanya make-up2 rumah ni..kalau aku tahulah penat, dah lama aku daftarkan umah aku jadi mangsa Eric, pastuh free2 ar dapat perabot baru ke, lecture free ke, bebelan free ke..takpe2, janji free and no ATP waste, i like!! *gelak evil*
dulu segan nak ajak Eric sebab takot dia pengsan je tengok umah kitorang...and segan 1Malaysia dapat tengok condition rumah kitorang..oh tak de orang nak wat aku jadi menantu nanti...hahahaha

tapi serius sangat penat,,,huhuhu dah lah anak yang available nak buat semua nih dua orang je..iaitu aku dan adik pompuan aku...hahaha naseb ar tak banyak anak lelaki dlm rumah semua kerja lelaki aku dan adik aku yg buat....huhuhu sampai ayah aku pun kata aku dah macam anak lelaki dia yang ke-2... TT--TT hahahaha terima kasih abah...

tapi tapi tapi...

di kala kita merayakan kejayaan berpuasa sebulan, janganlah lupa untuk mengawal nafsu kita..haha jangan terpengaruh sangat nak semua benda baru, ;) standard ar nak baju baru, kasut baru handphone baru, tv baru, katil baru, sofa baru, etc..hehehehehe

jadi di kesempatan tuh....  

SELAMAT HARI RAYA WAHAI KAWAN2 6H31 DAN AKI MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN KAT KORANG SUME....!!!! ;)

sila jemput Aki beraya di rumah anda hahahaha dan sediakan duit raya berketul2 tok aki yer...hehehe al maklumlah aki kan muda lagik.. ;p

ehem ehem *betolkan mood version 2.0*


Reunion oh Reunion...

dengar2 di laman social networking ramai yang nak buat reunion...ada suggestions tarikh dan tempat? Aki untuk korang insyaAllah hujung minggu boleh kot.. :B sebab jadual Aki setiap hari 8am-5pm, so hujung minggu je free.

pastuh pastuh ada plak ala2 vip tu baru balik dari oversea...cuti vip kita tuh pun tak lama katanya...huhuhu nak kena ikot jadual vip tu ar kot ;p

anyway, just drop kat shoutbox korang pya suggestions ok. ada yang dah rindu fever dah nie, so ubatnya kena ar tengok muka korang sorg2...any perubahan kat diri masing2 kita share sama2 :)

oh kalo btol la nak wat kat kl, miey oh miey jgn bimbang ar takdenyer kitorg nak tinggalkan ko kat terminal sorang2..hahaha

but anyway, any suggestions are open for discussions. :) 

enough from me, lets hear more from you guys. Aki di KL ucapkan salam lebaran eid mubarak. 

sekian, 
Aki

ps: anyone missed me? :D

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan Kembali lagi =)

Assalamualaikum kawan2, lama tak jumpa. Alhamdulillah, Ramadhan kembali bertemu kita sekali lagi. marilah kita semua istiqamah melakukan ibadat dan memohon keampunan daripada Allah pada bulan yang sangat mulia ini di samping meningkatkan keimanan kita yang sangat rapuh ini. :)

Teringat kembali saat kita merancang untuk melakukan jamuan berbuka puasa kelas dekat matriks dulu. Semua orang sangat memberi kerjasama dan teruja untuk melakukan aktiviti ukhwah ini bersama-sama. Kita pun mendapat sumbangan ikhlas daripada lecturer-lecturer kita yang tersayang..wah, sayang betul lecturer2 kat kita semua. Ajaibnya tarikan persahabatan kita sehingga menyentuh hati insan-insan yang lebih berpendidikan.. :)

Bila lagi kita dapat bersua untuk merapatkan kembali ikatan yang walaupun sementara tetapi kesannya terasa sehingga sekarang? Insya-Allah. Rezeki Allah ada di mana-mana. Aku tahu suatu hari nanti dengan rezeki Allah kita akan berjaya berkumpul kembali dan melepaskan rindu yang sudah lama dikumpul.

Haha. Ter-emo sebentar. Jadi dengan ini, saya Aki ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadat puasa bulan Ramadhan. Assalamualaikum. :)

Aki

Saturday, August 7, 2010

ok x fiqa pkai lens?????

my new image..........
ok x??????????????

Thursday, August 5, 2010

Naiklah tahun berapa pun, sama je =_=

Aki mulakan bicara aki dengan Assalamualaikum kawan2...terima kaseh kepada sesiapa yg update aki sgt seronok membacanya :)

oh aki sedang sebok dengan facebook jadi aki pikir

"takkan aku takleh spend masa langsung tok masuk blog kelas?"

then aki pun masuklah, klik klik klik tengok tengok tengok tapi takde pun post baru...huhu aki pun log in lah and try ar nak update apa2 pasal aki...

senang kata, aki lepas ni kena pikir yang semakin aki naik tahun, sebenarnya semakin susah level dia... bukannya makin senang

oh no~ teringat waktu muda2 (ceh sekarang pun muda lagik) aki asyik terbayang zaman masuk universiti nanti byk masa lah, leh wat byk aktiviti la, leh skodeng byk2 laki ensem lah (chewah!), leh shoping and jalan sesuka atie la...

hampeh

satu pun takdenya sesuka atie kucing2 aki kat umah nak wat benda2 tuh

first, mana ada benda as such as " eh petang nie xde kelas la", "eh esok free ar"   

=_=

komfem kalo ada hari2 macam tuh aku dengan adek bradek batch aku da melayang ke midvalley or where ever else yg ada selain dari universiti aku yg sgt hectic bila waktu petang sebab dekat giler dengan federal highway...! huhuhu

second, there is no such thing as waktu 1st year je kitorg punya jadual pack nak mampos setiap hari 8am-5pm or even 8am-7/8 pm...come on la...1st year dulu best giler ada banyak SSL a.k.a sesi senang lenang kitorg between 8 to 5 tuh...leh ar merasa cam budak2 len perasaan takde kelas sblom lunch..

2nd year?

hahahahahaha

8am to 5pm setiap hari

= =;; oh my god kitorg da leh assign diri kitorg tok kerja kerajaan kot

but neway, for the first time ada tulisan SSL waktu petang jumaat esok!! hahahahahahahhahahahaha selamat tinggal UM i'm goin home tomorrow *gelak evil*

okay, aku sgt penat kot (xdelah sgt sebab cam da resistant sbb 1st year pun lebey kurang je) tambah2 kitorang dah ada kelas Optek n Prostetik yang baru kitorang nampak macam budak dental sebab selama nie sume subjek kitorg belajar cm budak medik je... *gelak lagi* 

oh oh kitorg dah ada dummy sendiri yang acting as kitorg punya patient sendiri ^oo^ nama mannequin aki adalah NINO ohahaha....sebab aki minat artis jepun nama ninomiya kazunari... so aki pun jagalah mannequin aki baik2, tadi baru mandikan dia..(basahkan ngan air je)..oh oh and sekarang ngah tolong reramai budak tok siapkan projek dorg sebab aki dah siap ar..tapi lom lagi assign tok next projek.... TT--TT jom kita usaha reramai....yeah..

baru2 nie aki gi PAINTBALL!!! or kawan aki kata PAIN-BALL hahaha..

BEST GILER!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! XD

aki syorkan untuk korang pergi...pergi reramai best lah..hahahahaha byk gambar aki main paintball dlm fb, usha2 la kalo mahu ;)

oakylah aki sertakan beberapa gambar tahun ni bagi sesiapa yg merindui aki...ohohoho moga kita sume dapat berjumpa pada masa kelak insyaAllah.... :)

amiin...

dengan kawan aki lepas habes kelas

time dlm optek lab, blakang tu contoh mannequin aku

gambar aki kat shoping complex hehehehehe

Friday, July 16, 2010

salam

hye korg...
sori ar cz sue dh lme xpost something kt blog ni...
hihi...
lgpun xthu nk cite sal pe...
cti ri 2 boring ar jgk duk kt rmh je tp nsib baek ar ad ank sdara kt rmh,leh maen2 ngn die....
huhuhu....
trpaksa la mnjadi baby sitter 4 muhamad rafiq firdaus 2....
tp cti ari 2 best la jgk cz brpeluang g ptrajaya,rmh akak sue....
die bwk g jln2 pusing ptrajaya,tp time hjg mnggu je la leh kuar jln ngn die cz ari len die keje...
huh...tp ok la at least leh jln2 gak pusing2 ptrajaya....

mnggu ni adlh mnggu frst 4 lecture sem 3...
best la jgk sem ni cz sue amik 5 sbjk je wif 13jam krdt sume...
yg paling best skali sbjk plant tissue culture...
huhu...pasni leh la nk apply ape yg dh bljr nt tuk tnam pokok...
hehehe....
SEM 3 is the best sem cz sem ni kteorg,dak2 biotech bnyk g trip...
huhuhu....
nt leh snap gambo bebanyak...
mnggu dpn ad first trip 4 sbjek keusahawanan tani...
hohoho...tp xthu ag trip ke mne...
another next week lak kteorg ad trip lg kot but this 4 sbjk agroteknologi,mybe pegi mlwt ladang getah @ klapa sawit....weehooo....leh jln2 lg....

KOLEJ KEDIAMAN
sem 3 nie rse xbest jgk cz sue trcampak jauh ngn clasmate....
uwaaaa....tdk,xsuke2....
dh la dpt blok len tp nsib baik brjiran je blok sue ngn blok clasmate2x yg len...
pasni dh xleh nk bising2x ag lam rmh n blik sndiri cz rumate skrg bkn clasmate sndri....
=(
tp xpe,msti ad hkmah d sbalik sume ini....
mybe nk suh sue study hard 4 dis sem,ye ar result sem lps pun truk gak tp alhamdulillah la.....
huhuhu...
sem lps bnyk maen2x,tiap2 mlm tgk movie...pas 2 lepak n mulalah gosip...
hehehe....tp best ape,leh release tension...

ermmm....k la dh xthu nk tlis pe ag....
mlm ni dak kls sue ad wt jamuan kt ladang....
bbq time 4 dis nite....
huhu...
jamuan ni trtangguh dr sem lps,kteorg wt jamuan ni ats duit yg kteorg dpt hasil drp jualan kacang tnh n jagung yg d tnam sem lps....

k la,salam syg dr sue....
papai...
SALAM
(@_@)
 

Thursday, July 15, 2010

assalamualaikum..

hye korg sori sgt2 coz lame gler azi x bkak blog ni..
time cuti aritu pn bz gk coz azie kne wt prktikal..
alhamdllah sumenye ok,tp skrg ngah btungkus lumus menyiapkan reprt pktkl.ari isnin da kne anta.
aduhh ribut2..he3

Monday, July 5, 2010

7 days to go, Still counting =)

~oh cuti, masa yang singkat bersama mu akan ku kenang ketika ku memulakan langkah kembali ke UM...~

Haha, sudah sudah..skema sungguh ayat Aki di atas. TT--TT 
takpelah Aki terima hakikat bahawa Aki sememangnya skema. Hohoho

takde benda nak di updatenya,, tapi rasanya sampai kot masanya Aki memperkenalkan diri Aki melalui biodata ringkas..Ini kerana setiap orang melalui perubahan dan Aki harap perubahan pada diri Aki tidaklah membuatkan korang rasa -Terasing~nyanyian KRU- ohohoho.. 

okay Aki ngaku Aki takde kerja and rasa bosan takde orang nak update blog ni..haha memandangkan lagi 7 hari je Aki kan ada free time tok bermain sesuka hati di internet, Aki update ar sebyk mana yang mungkin okay.. 

Ohohoho..


Get To Know AKI !!
-nama sebenar, talian komunikasi tidak disertakan kerana privasi ohohoho-

oh aku tgkap gambar ni kat kenduri kawin umah kawan aku..hehe cantek kn?
okay, sgt takde kaitan ngan aku TT--TT


Bila keluar perut mak?
25 Disember 1990, sama tarikh ngan anniversary mak abah..alamak, sgt  kantoi umur aku yg 'muda' di sini heee tapi still tak masuk 20 tahun 
*hidung kembang*

Kat mana aku nangis bising2 1st time?
Hospital Pantai KL, dekat saje dgn UM membuatkan aku sentiasa nostalgia menatap bangunan yang telah di cat baru itu..

Berlagak sikit pasal Family?
Abah & Mak (dua2 lahir tahun Malaysia merdeka) 
Ablong n Kakak ipar ('84)
Kakngah ('86)
Kaklang ('87) 
and Adik pompuan, Ira ('93)
Ohoho aku anak ke-4, 2nd last in da family. Ramai sangka aku anak bongsu tapi kecundang sangkaan mereka..hoho padan muka..

Habiskan masa.. dengan?
  Yang terbaru, bermain laptop, tido, makan, tido, tgk tv, tido, tgk kucing, tido, baca komik, tido, main hp, tido..dan tido tido tido ohoho sangat suka..

Pe nak jadik bila besar nanti?
Kecik2 dulu nak jadi pelukis komik la, Animation designer la..last2 dapat rezeki dapat petunjuk jadik DR GIGI..

Sejarah Persekolahan anda
Tadika Luqman ('96)
SK Wangsa Melawati ('97-'02)
SMK Taman Melati ('03-'07)
KMPh ('08/'09),
UM ('09)


Blaja pe and Katne?
bila da dapat petunjuk, aku pun ikutlah... Alhamdulillah! berjaya mengambil kursus pergigian di UM sana sinun, dekat KL le balik tiap2 minggu yihaaa!!

Suka makan apa?
Oh aku sangat suka makan apa2 yang sedap dan halal.

Suka minum apa?
Air suam, Teh O Ais Limau, Fresh Oren

Harapan anda buat masa ini?
Ada orang akan update blog ini hahaha XD oh, leh buli budak junior, aku mmg sangat kejam ;)

Perubahan?
Makin gemuk.
Ni yang nak joging ni. huhuhu  TT--TT

maafkan eksperasi muka aku..tu blakon kay blakon..
oh aku rasa Spain akan menang bola tahun ni..hee tetiba

okay2, aku kan  update lain kali..ni jela aku citer dulu..huhuu tak best pun..

Update pliz!! XD


Thursday, July 1, 2010

bercuti ke Lumut

Assalamu'alaikum kawan2. ^_^

Sebenarnyakan. Kadang2 bila fatin jenguk blog ni, rasa bosan je. Huhu. Korang rajin2 la update story pasal korang. (cakap kat diri sendiri jugak,hoho).

Jadi, sekarang nak share sikit pasal cuti kitorang. Hari tu, ayah fatin de program @ kerja kat Lumut, Perak. Patutnya dia pergi sorang je. Tapi kitorang yg menyibuk nak ikut. Hee. Sebenarnya akak fatin yg nak sangat ikut, disebabkan kesikitan cutinya, (soalan utk aki : student dentist mmg dpt cuti sikit ea?), dia xdpt sgt jalan2 @ keluar masa cuti ini. So, disebabkan akak fatin nak pergi, kitorang sume on je. Chewah. Kitorang pergi sana 1hari,1malam je. Pergi petang Sabtu, balik pagi Ahad.

Oh ye, kat sana, kami menginap kat hotel yg diberi nama Marina Cove, bersebelahan hotel ni ada Marina Resort (kalau xsilap la). Pagi Ahad tu, kami masuk Marina Resort, tempat ini bukan macam Gambang Waterpark, apalagi bukan macam Sunway Lagoon dan sewaktu dengannya. Tapi ok lah. Layan je. Alang2 dah datang jauh2 kan. Huhu.

yang ini kolam air masin, tengok, takde sape pun nak mandi, huhu

gelongsor pun ada.ok la kan. =)

Rasanya tu je nak cerita, cuti2 kitorang masa cuti nie.

Err. Korang xde nak share mana korang pegi bercuti ke? Hee.

K. Tata. Sayang & rindu korang sume. Huk. =(

with lot of love,
.fatin.liyana.izzati.^_^